Peraturan dan Tip Ketika Menunggang Basikal
| Sentiasa memakai topi keselamatan yang padan dengan kepala. | |
| Gunakan isyarat tangan yang betul. | |
| Untuk menukar laluan, perhatikan dahulu sebelah kiri dan kanan. Pastikan laluan yang anda ingin masuk kosong dan perhatikan kiri kanan sekali lagi sebelum menukar laluan. | |
| Jangan menunggang berhampiran kenderaan besar seperti lori atau bas dan elakkan laluan yang sibuk. | |
| Jangan menunggang semasa hujan atau pada waktu malam. | |
| Sentiasa mematuhi peraturan dan papan tanda jalan raya. | |
| Jangan bersaing atau berlumba. | |
| Pakai kasut yang sesuai dan elakkan seluar yang besar di bahagian bawah untuk mengelakkan ia tersangkut ke dalam rantai atau tayar. |
Akitiviti berbasikal adalah salah satu target dalam tahun 2008 bagi remaja kawasan Enggang. Kebenaran dari ibu bapa diperlukan bagi menyertai expidisi ini dan diantara lokasi yang dicadangkan adalah kayuhan ke Taman Rekerasi Ulu Yam , Langat Dalam , Port Dickson dan Kuala Klawang.
Aktiviti ini adalah bertujuan untuk mengembangkan minat para remaja supaya meneroka keupayaan fizikal dan mental mereka dan juga mengenali kawasan dan tempat tempat yang menarik untuk di kunjungi.
Semasa aktiviti ini dijalankan para remaja akan di tunjuk ajar bagaimana untuk membuat kayuhan yang selamat dan juga kerjasama secara berkumpulan. Marshal atau pengendali kumpulan yang terdiri dari 2 orang dengan bendera keselamatan akan di tempatkan di hadapan dan di belakang kumpulan berbasikal ini. Wisel keselamatan juga akan di bunyikan dengan tiupan dengan kod kod yang tertentu bagi mengawal laluan dan keselamatan kumpulan berbasikal ini.

1 Comments:
Artikel yang baik
By
Anonymous, At
May 30, 2008 at 11:43 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home