Nota : Yang berbaju merah adalah Saudara Hasrool
Kem Kemensah :
Pada 2 dan 3 hb Jun 2008 ini satu aktiviti perkemahan motivasi 2 telah diadakan di tapak Camping Kemensah. Aktiviti ini akan bermula dari jam 3.00 petang sehingga 10.00 pagi keesokan hari, iaitu hari Isnin dan Selasa.
Aktiviti ini akan disertai kira kira 12 orang remaja dari Enggang Bersatu dengan di temani oleh 2 orang dewasa iaitu En Shamsudin dan En Isman. Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah bagi meningkatkan jatidiri dan sikap bertanggungjawab para remaja dalam memajukan sifat sifat saling hormat menghormati sesama rakan dan juga taat kepada kedua ibubapa. Pada sebelah malam sessi "Ikan dalam Balang" telah diadakan dan banyak pengajaran yang telah dipelajari oleh para remaja tersebut. Penghulu dalam memantau aktiviti dan displin para remaja ini dikendalikan oleh Adik Hasrool dan Adik Hairy.

Para remaja yang terlibat dalam aktiviti ini juga diberikan plastik hitam untuk melakukan sessi menjaga alam sekitar. Segala sampah sarap seperti bekas makanan,lampin pakai buang,botol botol plastik telah dikutip dan dikumpulkan. Anggaran sampah sarap yang telah di bersihkan sepanjang 500 meter ditebing sungai dan kawasan perkemahan adalah kira kira 100 kilogram.
Ini bagi mendidik generasi remaja agar mencintai "SUNGAI KITA"

Labels: Camping Kemensah

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home